Friday, September 18, 2009
Tuesday, September 8, 2009
Tragedi Lemas di kampung Pinang Merah Paka Dungun Terengganu
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani Mengucapkan takziah kepada Timbalan Pesuruhjaya 3 Terengganu Ustaz Satiful Bahari Mamat dan keluarga Wan Rozami Wan Abdul Latif serta Zaradi b. Su,dan atas kemalangan menimpa keluarga mereka.
Friday, August 14, 2009
Asri Rabbani Dalam Kenangan
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...
-petikan dari kata-kata Allahyarham-
KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2009: Penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut rakannya, Farihin Abdul Fatah, Allahyarham meninggal dunia selepas rebah dan pengsan ketika latihan program Syahadah di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Difahamkan arwah juga mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Selain seorang penyanyi nasyid, Ustaz Asri juga seorang pendakwah, bilal dan kerap menjadi imam dalam pelbagai program bercorak ibadah kerana pengetahuan agama dan kelunakan suaranya itu. Beliau yang dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor juga baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-40, minggu lalu.
Monday, August 10, 2009
Pelancaran Pembangunan Sekolah Menengah Darul Bayan
Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Melancarkan Pembangunan Fasa Pertama Sekolah Menengah Darul Bayan Dungun Terengganu
Sunday, August 9, 2009
Ceramah Anwar di Bandar Cukai Kemaman
Ketua Pembangkang Negara, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramah di Kampung Cina bandar Cukai jam 9,00 9 Ogos, 2009, sebelum beliau muncul di Kampung Baru Kerteh pada malam yang sama
Monday, August 3, 2009
Sudirman - Nama Seindah Wajah
Sebuah lagu yang cukup popular pada zaman 80'an dari Allahyarham Sudirman tapi tidak dimasukkan di dalam mana-mana CD kompilasi Sudirman... pelik!...
Lirik:
Kalau ku dapat mendaki gunung
Akanku seru kulaungkan
Oh namamu, kuserukan oh namamu
Pasti nanti
Bergema namamu di pergunungan
Bergema namamu di seluruh maya
Indahnya namamu seindah wajahmu
Bagai bidadari di dalam mimpi
Indahnya namamu seindah wajahmu
Kaulah pilihan hati
Kalau ku dapat mengepul awan
Akan kupintal ku jadikan
Oh namamu ku tuliskan oh namamu
Pasti nanti
Tertulis namamu di kepulan awan
Kan jelas terlihat di seluruh maya
Indahnya namamu seindah wajahmu
Bagai bidadari di dalam mimpi
Indahnya namamu seindah wajahmu
Kaulah pilihan hati